BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 24, 2013

Cabaran Didikan Masa Kini

Assalamualaikum w.b.t.... 

Sambil makan malam bersama housemate hari ini,ada salah seorang daripada kami bersuara katanya.....

'nanti bila dah ada anak, nak letak tv dalam bilik ummi abi je' ><

Tika itu, masing2 terfikir : Bagaimana pengaruh persekitaran anak2 dengan media massa kini dan proses tarbiyyah itu sendiri. oOhhHh merisaukan~
kadangkala KartoOn yg ditayangkan memberi pengaruh yang besar kepada tumbesaran minda kanak2. Sebagai contoh kartoOn Oggy anD Cockroaches, citer lipas dan kucing.
Seorang kakak berkata : 'Tengok kartOon tue, jadi geram bila tengok lipas, sampai ke besar jadi dendam dengan lipas' T__T oppSSs

Bagaimana kanak2 yang menonton kartOon2 kini yang tiada nilai murni yang Baik.

~~terfikir dan terus memikir~~

kadang2 cerita kartOon yg kurang berkata2 lebih baik dalam menjana tumbesaran kanak-kanak untuk berfikir.

Seandainya tidak diberi peluang untuk menonton cerita kartOon, risau jugak pemikiran tidak berkembang. Namun, sekiranya terus diberi risau sekali pengaruh2 negatif dari media massa yg boleh menjejaskan akhlak mungkin... mungkin juga pemikiran....hatta akidah sekalipun>
>Allahu Rabbi<

Tak mustahil seandainya ada dari Daie2 yang terpanggil utk menyelamatkan bakal2 jundi Islam dengan men'Create'kan citer kartOon yang mana fully islamIk dan penyerapan unsur2 Tarbiyyah itu sendiri ^_^

  
 WaAllahu'alam...

Tuesday, May 21, 2013

Rindu!

Assalamualaikum...w.b.t
Suasana rumah yang tenang & mendamaikan...
Sungguh hati ini RINDU..!






Sabar ya duhai hati...^__^

Sunday, May 12, 2013

Salam Imtihan Nihaie

Assalamulaikum w.b.t.

Kata- kata Doc Faris kepada kita para penuntut Ilmu... 


Moga MUMTAZ untuk Ummat!!

Thursday, May 9, 2013

JAULAH JORDAN- PETRA

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah cuti semester yang lepas, saya tidak lepaskan peluang untuk turut bersama dalam kembara Jaulah anjuran bawah Persatuan disini. ^_^
Salah satu tempat yang dibawa ialah kembara ke Kota Petra, Jordan.

Perjalanan dari mu'tah mengambil masa selama 3-4 jam, sementara singgah di wadi musa. Kota ini merupakan yang tertinggi dan dikelilingi oleh bukit-bukit batu pasir diwarnai oleh karat dan merupakan salah satu daripada 7 keajaiban dunia. Keindahan dan kemegahan kota petra ini pernah dicatatkan oleh BBC " Ini adalah satu daripada 40 tempat yang harus anda lihat sebelum mati". Mana tidaknya, Petra merupakan kota yang unik dibangun dengan cara memahat dinding-dinding batu.



 Perjalanan dari pintu masuk utama ke Petra disebut Siq memiliki sisi setinggi 200 m dan mengambil masa selama 1-2 jam untuk tiba ke tempat kunjungan ramai itu.


 Perjalanan diteruskan lagi untuk tiba di puncak bukit. Sedar tak sedar dah memakan masa selama 3 jam perjalanan kami. Air sebotol yang dibawa telah pun habis...hanya tinggal kami berdua sahaja yang jauh ditinggalkan dengan group yang awalnya dan jauh meninggalkan group yang seterusnya.


Kalau difikirkan dapat banyak benda hasil pengembaraan ini, jika kita betul-betul menilainya. Setiap langkah kita ke tempat tersebut, kita akan rasa lebih mendekati dan merasai sesuatu yang telah berlaku kepada para anbiya' dan umat terdahulu.


Pada pengembaraan itu jika dihayatinya kita akan dapat merasai tentang pengorbanan para anbiya', para sahabat dan juga pejuang Islam terdahulu dalam menegakkan agama Allah SWT.



SubhanAllah. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Unik dan Ajaibnya ukiran batu yang dipahat pada dinding-dinding tersebut.




Dah sampai ke puncak bukit, berhenti rehat dan solat sebentar.


Tak lepaskan peluang menunggang unta~ ^_^
Alhamdulillah...memberi 1001 makna, pengalaman, pengajaran sepanjang kembara ke Kota Petra yang penuh keajaibannnya yang tersendiri ini! ^_^