" Ada laki pun tak guna..." marah sungguh nada dia.
" Kenapa cakap macam tu?" tanya saya.
"Asyik-asyik bizi je memanjang! minta tolong sikit pun tak boleh! "
" Aduhai... sebelum kahwin lagi awak dah tahu kerja dia macam mana kan? "
" Sooo...kenapa?"
" Jadi bila awak dah kahwin, sepatutnya lebih faham keadaan dia. Bukan sekarang nak merungut-rungut. awak dah kahwin kena la terima segala kekurangan yang ada kat diri dia."
" Kau tak kahwin lagi, jangan nak sibuk-sibuk..."
" erkk..."
******
Teringat satu kisah seorang suami yang beristerikan seorang wanita yang cukup banyak karenah, lelaki ini berkorban seluruh kehidupannya untuk membahagiakan keluarga. Namun isterinya sedikit pun tak menghargai dirinya sebagai suami. Memanggil namanya dengan panggilan 'Oi' sahaja dan kerap memaki hamun si suami dengan mengatakan bodoh, gila, dan semua perkataan yang melukakan hatinya.
Lima belas tahun hidup bersama, selama itulah hidupnya sering dimaki hamun dan semua urusan masak memasak diserahkan kepadanya bahkan mengemas rumah. Apa yang isteri lakukan? duduk di rumah dan kadang-kadang ambil upah menjahit. Azan maghrib berkumandang ketika itu dan dia terus ke surau mengerjakan solat berjemaah. Dalam sebak dia memohon agar Allah ampunkan isterinya dan diberi petunjuk. Setibanya di rumah, dia mendapati isterinya sedang terperosok di tepi almari baju disebabkan strok. Air mata dilihatnya mengalir ke pipi.
" Dulu dia maki-maki saya, itu tanda dia sihat, sekarang apabila dia senyap, saya rasa sunyi, lebih sakit berbanding kena maki dulu." Sekelip mata sahaja Allah boleh balas segala perbuatan kita. Pasti sudah tidak ramai lelaki zaman sekarang yang memiliki sifat sabar yang sebegini. Bersyukurlah anda dikurniakan seorang suami yang SABAR atas setiap karenah anda.
Bercuti di Pantai Morib
1 week ago





