BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 26, 2011

Bingkisan akhir...

Hari ini kita bertemu...
Hari esok belum tentu...
Hari ini kita bersatu...
Hari esok Tuhan yang tahu...

Selamat jalan sahabat...
Selamat jalan perwira...
Selamat jalan ibu...
Selamat jalan ayah..
Selamat jalan siapa pun disana...

Satu waktu aku akan menyusul jua...
Moga kau tenang disana...
Al-Fatihah...

Sunday, December 25, 2011

semangat!!

Semangat!! -kak seha-

"Mak...dia dah takde"
"Innalillah wainna ilaihirajiun, sabar dan tabahkan hati. Semua yang berlaku ada hikmahnya"
-Beloved mum-

"Bila perasaan itu datang, Allah pula tarik orang yang kita sayang tu jauh dari mata kita. Dari mata kasar ni memang kita tak tahu apa hikmahnya, yang kita rase hanya pedih yang teramat. Tapi yakinlah kepedihan ni akan terbayar jika kita bersabar, orang lain tak tahu apa yang kita tanggung tapi Allah tahu. Dekatkan diri kita pada Allah ya sayang. mudah-mudahan ujian ini ada hikmah"
-Kak nadzirah-

" Tak tahu nak cakap apa, jangan sedih-sedih tau hidup harus diteruskan. Tumpang sedih dari apa yang wani tulis"
-Kak seha-

"Allah lebiih sayang kan die kan..kite doakan die semoga bahagia di sana inshallah..wani kene kuat la,dia mesti xsuke kan tgok wani sedih"
-Danial kholili.JUST-

"tak pe la wani, kita yg hidup nie kena teruskan hidup.. walaupun agak susah nak terima, tp still kita tak boleh kembalikan dia. life must go on..tapi amat janggal rasanya bila buat apa2 pun. all things feels different to me. jalan2 area rumah pun rasa mcm jalan kat tempat baru.. gi kedai makan pun teringat arwah. nak main game pun tak seronok.. nak study apatah lagi..yup, kita kena kuatkan semangat. mesti dia tak nak tgk kita sedih2 mcm nie. mesti dia tak nak tengok kita nangis2.. what ever we do, we must be strong.."
-Khairi syafiq.JUST-


"wani.. takziah atas kematian sahabat wani.. semoga tabah ye. Allah lebih sayang kan dia.. love you fillah sayang.be strong."
-Safiamira-

"kuatkan hati ko wani, kuatkan semangat ko jugak.nak menangis boleh, tapi jangan sampai mudaratkan diri sendiri tau."
-Nurul atiqah-

"takpe wani. memang susah nak lupekan dia. tapi kalau dia taw kite selalu sedih pasal dia, mesti dia lagi sedih."
-Amirah edora


" Mula-mula Allah uji dia dengan kesakitan yang dia alami, Tapi kali ini Allah uji kau sebenarnya. Banyakkan bersabar..Sungguh Allah lebih sayangkan dia, bersabar duhai sahabat"
-Aifa & Eika-


"Selalu doakan untuk dia ya wani..jangan biarkan wani sorang-sorang"
-Tuan Pendakwa,JAIS-


Dan semua yang tak putus-putus bagi kata-kata semangat, tak dapat nak tulis semua. ouhh..sungguh terharu! =) Jasa baik budi kalian tak dapat dibalas. Moga kalian juga dikurniakan ketabahan dan kesabaran yang tinggi dalam menempuh ujian dunia ini. Buat keluarga arwah, ya! saya sangat risaukan mereka. Moga Allah kurniakan mereka kekuatan! InsyaAllah.....

wassalam.
   

Saturday, December 17, 2011

Mimpi yang pasti?

2.00 a.m
Mimpi tu sekali lagi bermain-main kat fikiran.
Tak sangka. Adakah itu satu petanda. Tapi kenapa??
" wani, hidung awak berdarah tanpa henti. mungkin awak hanya mampu bertahan 3 atau 4 hari lagi" ayat seseorang dalam mimpi tersebut.
Terjaga. Istighfar mohon tiada benda buruk yang berlaku.
selang 2 3 hari selepas mimpi tersebut, arwah pula beritahu hidungnya berdarah tanpa henti.
4 hari selepas itu, arwah pergi untuk selama-lamanya.
Allahu Akbar....

*****
Imbau 3 tahun yang lepas. Sebelum arwah atuk menghembuskan nafasnya.
atuk disahkan koma dan tidak sedarkan diri selama 2 minggu lebih
dan ketika itu saya ke Indonesia atas urusan keluarga. Jejak saja kaki ke Malaysia, terus ke wad ICU, menitis air mata melihat arwah atuk membuka mata dan tersenyum ke arah saya. Pilu.
" kaklang, atuk dah sedar, sebelum ni koma tak sedarkan diri. kaklang masuk tak sangka atuk buka mata..."
Allah.
" Atuk tunggu kamu pulang.." kata maksu.
Air mata ketika itu tak mampu ditahan.
Pulang ke rumah untuk seketika. Tapi bila kaki baru sahaja jejak ke rumah.
Panggilan telefon kata atuk telah pergi untuk selamanya.

" Mak, kaklang mimpi ....... (biarlah mimpi itu dirahsiakan)" yang pastinya petanda arwah akan pergi untuk selamanya.

" Kenapa tak beritahu awal-awal.."
   
"......." Terkilan. 

*****
Ukasyah Ahli syurga. Anak buah yang pertama pasti kelahirannya menggembirakan kami sekeluarga. Mungkin punca kematiannya atas sebab kecuaian manusia itu sendiri tapi yang pasti itulah ketentuan yang telah ditetapkan Allah sebagai ujian untuk kami.

Teringat perbualan telefon dengan adik ketika itu.

"Kaklang ukasyah dah takde.."

" Takde? Tipu!"

" Iye. Ukasyah dah takde, ukasyah dah meninggal dunia. Abang bagitau tadi"

"..............."

Panggilan diterima selepas mendengar lagu 'Rahmat Ujian'...
Kebetulan. Bait-bait lagu itu buat hati resah tiba-tiba sebelum menerima khabar sedih itu.
Air mata cuba ditahan tapi akhirnya.....

dua minggu sebelum ukasyah pergi meninggalkan kami,
Ukasyah merenung dalam kearah mata saya, seperti mahu memberitahu sesuatu.
Hati terdetik secara tiba-tiba,," ukasyah mungkin tak lama".
Astaghfirullah. kenapa dengan hati ni??   
Ukasyah saya peluk sambil dia menangis dan tertidur dibahu saya, sayu mengenangkan keadaan itu. seolah-olah amat berat mahu melepaskan.

*****
Al-fatihah.

Benarlah firman Allah swt: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tamat tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya”. (Yunus:49)

Thursday, December 15, 2011

Syukran !


Post dari sahabat...syukran! =)
Sahabatku,aku bukan la sebaik insan untuk menasihati kamu, tpi sebagai seorg sahabt yg syg dan perihatin akan kamu aku bertanggungjawab utk sentiasa mmberikan kamu semangat utk kuat dlm mngharungi onak duri kehidupan kita.

Sahabatku, bersyukurlah atas musibah ini, dan yakinlah padaNya bahawa setiap perkara yg terjdi ada hikmahnya disebaliknya. Iye. Mungkin aku boleh ckp sedemikian kerana aku tdak berada dtempat kamu, tapi sesungguhnya jika aku berada ditempat kamu mungkin aku x sekuat kamu sahabatku.

Sahabatku, Allah itu Maha Mengetahui akan segala2nya, Allah tahu kamu kuat, kamu kuat hadapi ujian yg diberikanNya, sebab itu Allah mnguji kamu, mnguji kesabaran serta tahap keimanan. Ingt sahabatku, Allah tak zalim, Allah tak kan mmberikan ujian melebihi kmampuan seorg hambaNya.

Sahabatku, bersabarlah.,semua org akan dberikan ujian dgn care2 yg berbeza2, esok ,luse atau tulat mungkin giliran aku pula Allah membrikan ujian. Mungkin x sehebat ujian kamu dan mungkin juga melebihi ujian kamu. Mungkin di saat itu aku juga akan kuat seperti kamu sahabatku.

Sahabatku, aku tahu disebalik tawa riang kamu tadi hnya menutupi kesedihan hati kamu, bukan mudah utk kita mlupakan org yg dekat ngn kita, mungkin memakan masa yg lama. Tapi Allah Maha Perancang, mungkin Allah akan dtgkan seorg lagi hmbaNya yg lain utk kamu dan seyakinnya pasti dia xdpt mnggantikan tempat temanmu sahabtku tapi Allah tahu apa yg terbaik utk hambaNya sahabtku.

"Siapa sahaja orang di dunia yang kekasihnya Aku cabut nyawanya kemudian dengan cubaan yang Aku timpakan ini dia (bersabar dan) mengharap pahala-Ku nescaya akan Aku ganti dengan syurga."(Al Hadith)


Monday, December 12, 2011

Mohon Ketabahan

4.45 a.m...
Terjaga. Hati terusik, sebak mengingatkan sesuatu.
Dalam masa yang singkat 3 tahun ini.
Satu persatu mereka diambil kembali menemuiNYA.
Atuk, anak buah Ukasyah, Sahabat....
Teringat firman Allah dalam surah Al-baqarah, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya".

Solat dua rakaat mohon agar diberi kekuatan olehNYA.
Air mata terusan mengalir.
Ya Allah,
Tabahkan la hati hambamu ini.
Firman Allah dalam surah At-Taubah, "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka"

Syukur kerana dipilih untuk diuji kerana ujian ini menguatkan hati-hati yang lemah.  Membuatkan diri ini terus dekat dan ingin lebih dekat kepada Allah.  Menyedarkan diri ini tentang penyerahan yang total kepada Allah setelah berusaha dan yang penting mengingatkan bahawa semua yang dimiliki ini, tidak ada satu pun milik kita. -ummu&abu 'ukasyah-

Cintailah DIA yang sentiasa HIDUP kekal Abadi. Itulah yang UTAMA.

Wassalam.

Friday, December 9, 2011

Jika Terakhir Buatku

Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba.....