BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 10, 2012

Coretan dari bumi Syam


 Hampir 3 bulan aku disini, melangkah dan terus melangkah mempelajari sesuatu yang baru. Bahasa, budaya mereka kadangkala mencabar iman didada. Kehidupan disini tidak seindah yang disangka. Hanya sahabat sebagai penganti keluarga yang jauh dimata….

Walaupun berat untuk melangkah tetapi demi sebuah harapan ibu & ayah, aku teruskan jua tanpa rasa jemu. Tujuan utama untuk menggarap sebanyak ilmu dan pengalaman di bumi syam yang penuh barakah ini. Masa dua tahun itu bukanlah satu tempoh yang lama, insyaAllah akan aku pergunakan dengan sebaik-baiknya. 

Kubu Salahuddin Al-Ayubi, makam Ja'far, Zaid Bin Harithsah menjadi tempat persinggahan aku dikala tekanan yang melanda diri. Mengibrahkan diri dengan kisah-kisah mereka yang jauh lebih hebat ujian dan cabaran yang ditanggung mereka. Hanya mengambil masa beberapa minit untuk sampai ke kawasan yang punyai sejarah yang istimewa ini. 

Tanpa henti lafaz syukur diucapkan. Terasa manisnya ukhwah disini. Susah senang ditanggung bersama. Para syabab yang tanpa rasa jemu dan bosan mengawal keselamatan kami para akhowat disini. Tanpa keluhan menawarkan diri untuk ber'muraqib' walaupun sibuk dengan minggu peperiksaan yang masih berjalan.

Dan juga para akhowat, kakak-kakak dan adik senior ibarat seperti adik beradik yang terpisah bertahun lamanya. Sentiasa mengambil berat kesihatan adik beradik yang lain. Tanpa rasa penat lelah melayan karenah kami disini. Alfu Syukran kepada semua! Pengalaman di sini banyak mematangkan ku dan moga ukhwah kita terus berkekalan hingga akhirnya! 

-10/11/12-           
    

Friday, May 18, 2012

Kembara Tanah Suci 1

Gambar potret Kaabah di dinding itu lama saya renung, satu-satunya gambar yang tergantung di rumah baru itu. Seolah-olah bercahaya apabila direnung lama-lama. Hati terdetik teringin sangat nak menjejakkan kaki ke tanah suci...

Setahun berlalu...

Ayah menyatakan hasrat untuk membawa kami menunaikan umrah pada bulan tiga pada mulanya. Tapi aturan Allah itu lebih cantik dan tersembunyi seribu satu hikmah di dalamnya. Sejujurnya tidak pernah terlintas oleh saya akan kesana pada usia semuda ini. Syukur kehadrat illahi dipilih menjadi tetamunya dan tanggal 3 mei itu takkan pernah luput dalam ingatan. Berangkatnya saya ke sana pada tarikh dimana genapnya 5 bulan arwah pergi pada 3 disember yang lepas. Tarikh dan waktu yang sama arwah dijemput illahi pada 3 disember, dan kami berangkat sebagai tetamunya pada 3 mei pukul 3 petang. Allahu Rabbi. Sayu rasa hati. Cantik sungguh aturan Allah, mungkin juga Allah nak jadikan kenangan pahit itu disusuli dengan kenangan yang manis pada tarikh yang sama yang mana kenangan itu akan sentiasa ingat kepadaNya..^_^

Khamis, 3 Mei..kami bersiap dengan solat sunat dan berpakaian ihram dari rumah. Penerbangan melalui Saudi Arabian Airlines memakan masa hampir 8 jam terus ke jeddah.

gula-gula yang diberi, mee goreng dia pun sedap! hehe

Sampai di jeddah dan selesai segala urusan, kami terus pula ke makkah yang diketuai oleh mutawwif andalusia. Perjalanan memakan masa hampir 1 jam untuk sampai ke makkah. Didalam bas tidak henti-henti kami bertalbiah, berzikir, semua jemaah seolah-olah tidak sabar untuk sampai ke tanah yang penuh berkah itu. Pukul 12 pagi kami tiba di hotel dan diberi ruang untuk berehat seketika dan terus menunaikan ibadah umrah pada malam itu juga, malam jumaat yang penuh berkah yang dibimbing oleh mutawwif.

 Masjidil Haram.

Ziarah    

Jabal Thur


Bukit yang didaki oleh Rasulullah dan Saidina Abu Bakar ketika menyelamatkan diri dari ancaman orang Quraisy. Di gua thur inilah tempat Rasulullah dan Saidina Abu Bakar bersembunyi selama tiga hari. Ketika orang-orang Quraisy mendekati gua tersebut, seekor burung merpati terus membuat sarangnya dan bertelur di dalamnya dan seekor labah-labah membuat sarang menutupi pintu gua bagi mengaburi pandangan orang-orang Quraisy. 

Jabal Rahmah



Tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah Nabi Adam dan Hawa diturunkan ke bumi dari syurga. Tempat ini terkenal dengan mereka yang ingin mendapatkan jodoh dengan berdoa. Ehem! hehe.. di kaki bukit jabal rahmah ini banyak terdapat unta-unta yang dihias cantik untuk para pelancong yang ingin menunggang dengan bayaran 10 riyal.

Unta yang dihias cantik di kaki bukit Jabal Rahmah

Ladang Unta
 


Unta Haiwan Istimewa. Unta dapat bertahan dengan suhu mencecah 50 darjah C pada musim panas dan serendah -50 darjah C pada musim sejuk kerana mempunyai bulu yang tebal dan padat.  Bulu yg tebal melindungi unta daripada panas terik dan dingin membeku serta menghalang kehilangan air. Bonggol unta berperanan utk menyediakan nutrien di waktu tiada makanan/minuman dan unta mampu bertahan selama 3 minggu tanpa air tetapi akan mengalami penyusutan berat badan.Kami disini boleh minum susu unta fresh. Rasa lemak-lemak manis. Sedap! ^_^

Friday, April 27, 2012

Mesej Tersirat

Hari ini saya keluar menuju ke bandar setelah sekian lama menjadi suri sementara di rumah. Keluar mencari sedikit barang keperluan dengan beberapa orang sahabat. Selesai membeli barang keperluan, beberapa orang sahabat saya telah menunggu di salah sebuah kedai kek yang baru dibuka. Masuk sahaja kedai kek tersebut, hati saya tiba-tiba tersentuh melihat keadaan seorang pakcik yang beria-ria sungguh suruh kami membeli kek disitu. Saya fikir mungkin pakcik ini owner kedai tersebut. Yang saya ingat dialog salah seorang sahabat:

" Kek kat kedai ini mahal lah! jom la keluar..". Mereka terus beredar meninggalkan saya dan saya melihat riak muka pakcik yang kelihatan sungguh sedih. Pelik. Saya bertanyakan harga kek tersebut dan pakcik itu menjawab harga satu bekas kek Rm 50! Terkejut juga harga kek semahal itu tapi melihat kesungguhan pakcik itu saya beli jugak.

Serta merta pakcik itu membungkuskan kek dan bila nak membuat bayaran, wallet saya hilang! tiada di dalam beg. Hanya tinggal sekeping Rm10 di dalam beg saya. Saya jadi serba salah. Terus terang saya bagitau pakcik yang wallet saya hilang hanya ada sekeping rm10 sahaja, apa yang saya tak sangka pakcik itu menjawab:

" Takpe dik, adik boleh bayar dengan harga rm10 ringgit selebihnya pakcik bagi! " saya terkilan. Hujan lebat sangat waktu tu, pakcik itu dengan baik hati menghantar saya terus ke rumah. Saya minta pakcik itu tunggu sekejap untuk mengambil duit yang saya perlu bayar selebihnya tapi malangnya pakcik itu hilang. Bila keesokan harinya saya ke kedai itu semula, tapi pakcik itu tiada dan........

Terus saya tersedar dari mimpi. Mimpi yang membuatkan saya merenung panjang sehingga ke hari ini.  Mesej apa yang cuba disampikan....Bila direnung-renungkan, saya ambil pendekatan bahawa setiap sedekah yang kita berikan InsyaAllah Allah membalas ganjaran yang lebih besar tanpa disangka-sangka. Bantulah mereka yang lebih memerlukan. Moga selepas ini kita lebih bersemangat untuk bersedekah lillahita'ala...

wassalam. 

 

Monday, March 26, 2012

My Lord, I'm sorry..






Tuesday, February 7, 2012

Muhasabah

Monday, January 30, 2012

Ujian Terakhir

Tersebutlah kisah di sebuah tempat,terdapat seorang pemuda yang menuntut ilmu daripada seorang ilmuan.....setelah beberapa tahun,akhirnya tibalah masanya untuk beliau mengakhiri pengajiannya dan perlu menempuh satu ujian yang terakhir.... apabila tiba waktu yang dijanjikan,maka bertemulah pemuda tersebut dengan gurunya itu....

" ujian yang terakhir untuk kamu ialah kamu dikehendaki mencari makhluk Allah di muka bumi ini yang lebih rendah martabatnya jika hendak dibandingkan dengan kamu.kamu hanya diberi 3 hari sahaja untuk memberikan jawapannya..."
maka pemuda itu pun berjalan-jalan di kota.

lalu beliau terjumpa seorang lelaki yang sedang mabuk.....dia terfikir...mungkin inilah jawapannya...lelaki ini sering mabuk dan tidak menunaikan kewajipannyan terhadap Allah,sudah pastilah martabatnya lebih rendah dari aku......lalu dengan senang hati,beliau pun pulang ke rumah kerana telah mendapat jawapan....

setelah selesai solat isyak dan solat sunat...beliau pun berbaring2 di katil sambil memikirkan jawapannya itu....."tidak,lelaki itu bukanlah orang yang lebih rendah martabatnya dari aku kerana aku tidak tahu mungkin satu hari nanti, Allah akan bukakan pintu hatinya dan dia menjadi seorang yang lebih beriman daripada aku...sedangkan aku sendiri tidak pasti akan nasibku kelak...adakah akan mati dalam keadaan beriman atau tidak....."

keesokannya beliau berjalan-jalan lagi untuk mencari jawapan.....
lalu, beliau terserempak dengan seekor anjing kurap yang sangat dhaif keadaannya......beliau berfikir," mungkin inilah jawapannya.anjing merupakan najis mughallazah ...lihat sahaja keadaannya yang tidak bersih itu.....pasti inilah makhluk yang lebih rendah martabatnya daripada aku........

seperti biasa,selepas menunaikan solat isyak,beliau berbaring2 sambil memikirkan jawapannya...."tidak.anjing itu bukan jawapannya kerana apabila ia mati kelak,ia akan terus habis di situ sahaja...ia tidak akan disoal mengenai tanggungjawab dan amanah.....apabila memikirkan yang dia masih belum menemui jawapan, dia bangun lalu menunaikan solat malam , memohon petunjuk dari Allah SWT.

apabila tiba hari yang ditetapkan, maka bertemulah pemuda itu dengan gurunya......"Apakah jawapanmu wahai pemuda?"...."

sesungguhnya makhluk yang paling rendah martabatnya adalah saya sendiri...." guru itu lalu tersenyum dan berkata "kamu lulus ujian ini..."
ingatlah, kita perlulah sentiasa bersangka baik dan tidak bersifat .a' terhadap ilmu yang kita miliki.....kerana kita tidak pasti akan kehidupan kita di masa akan datang...jika semua manusia berperanan seperti pemuda ini, nescaya amanlah dunia ini tanpa perselisihan pendapat sesama manusia.......

"mari renungkan bersama..adakah kita terdiri daripada orang yang riya'...sekiranya ada..bertaubatlah dan kembalilah kepada allah..sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka.