BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 27, 2012

Mesej Tersirat

Hari ini saya keluar menuju ke bandar setelah sekian lama menjadi suri sementara di rumah. Keluar mencari sedikit barang keperluan dengan beberapa orang sahabat. Selesai membeli barang keperluan, beberapa orang sahabat saya telah menunggu di salah sebuah kedai kek yang baru dibuka. Masuk sahaja kedai kek tersebut, hati saya tiba-tiba tersentuh melihat keadaan seorang pakcik yang beria-ria sungguh suruh kami membeli kek disitu. Saya fikir mungkin pakcik ini owner kedai tersebut. Yang saya ingat dialog salah seorang sahabat:

" Kek kat kedai ini mahal lah! jom la keluar..". Mereka terus beredar meninggalkan saya dan saya melihat riak muka pakcik yang kelihatan sungguh sedih. Pelik. Saya bertanyakan harga kek tersebut dan pakcik itu menjawab harga satu bekas kek Rm 50! Terkejut juga harga kek semahal itu tapi melihat kesungguhan pakcik itu saya beli jugak.

Serta merta pakcik itu membungkuskan kek dan bila nak membuat bayaran, wallet saya hilang! tiada di dalam beg. Hanya tinggal sekeping Rm10 di dalam beg saya. Saya jadi serba salah. Terus terang saya bagitau pakcik yang wallet saya hilang hanya ada sekeping rm10 sahaja, apa yang saya tak sangka pakcik itu menjawab:

" Takpe dik, adik boleh bayar dengan harga rm10 ringgit selebihnya pakcik bagi! " saya terkilan. Hujan lebat sangat waktu tu, pakcik itu dengan baik hati menghantar saya terus ke rumah. Saya minta pakcik itu tunggu sekejap untuk mengambil duit yang saya perlu bayar selebihnya tapi malangnya pakcik itu hilang. Bila keesokan harinya saya ke kedai itu semula, tapi pakcik itu tiada dan........

Terus saya tersedar dari mimpi. Mimpi yang membuatkan saya merenung panjang sehingga ke hari ini.  Mesej apa yang cuba disampikan....Bila direnung-renungkan, saya ambil pendekatan bahawa setiap sedekah yang kita berikan InsyaAllah Allah membalas ganjaran yang lebih besar tanpa disangka-sangka. Bantulah mereka yang lebih memerlukan. Moga selepas ini kita lebih bersemangat untuk bersedekah lillahita'ala...

wassalam.