BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, July 30, 2011

will you hate me??

Smile in the two- way mirror of my eyes
I put on my faith like I wear a disguise
You can't see my soul
See the life that I live
Show you the mask of the best I can give
I've hid here afraid like a child behind.
Truth of my thoughts that clutter my mind.
What if you knew about all that I do?
Things that I think,
The me that is true.

Would you call me a hypocrite?
Call me a liar?
Would you curse out my name?
Would you damn me to fire?
Would you know what to say?
Or would you just walk away?
Afraid the me I've tried to hide
Would you closely resemble the truth of you that lies inside?

I've been looking for answers since becoming an adult
Not looking for dogma to live like a cult
I've been looking to live,
I've been living to find
Freedom from cages that limit my mind.

Will I scare you, upset you, frustrate you, irate you?
Challenge a lifestyle or weaken your trust
Or will you see my efforts and my passionate sincerity
Would you see just a little of yourself in me
Will you take off your mask so we can both be free.

Friday, July 22, 2011

Kahwin muda

Walimah abang.Rasa-rasa berapa umur mereka??hehe..
21 tahun..!

Saya: Emak, minggu depan kaklang ada kursus kahwin!
Emak: (ketawa) elok la ambil awal-awal.
Saya: Mak,,dah boleh kahwin dah ni~hehe
Emak: Dah ada calon ke??kahwin la tahun depan apa salahnya, tapi tunggu la kakak kahwin dulu.
Saya: InsyaAllah..hee.

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kahwin muda itu adalah sesuatu perkara yang amat baik. Sebenarnya memang terdapat lebih banyak kebaikkan berbanding keburukkan jika kita berkahwin di usia lebih muda. Usia muda dalam hal ini merujuk kepada umur diantara 20-24 tahun.

Akan tetapi kita sering mendengar pendapat sesetengah orang yang mengatakan kalau yang nak kahwin-kahwin muda tu, tandanya memang dah ‘gatal’ sangat lah tu. Oh! Betapa negatifnya pemikiran seperti itu. Dalam Islam sendiri telah mengatakan perkahwinan itu merupakan suatu ibadah yang amat dituntut oleh agama.

Menurut beberapa pasangan muda yang ditemubual, mereka tidak menyesal berkahwin muda, malah beranggapan status baru sebagai suami dan isteri itu lebih mematangkan mereka, lebih-lebih lagi apabila bergelar ayah dan ibu.

Jom baca pengalaman beliau~

"kami mengambil keputusan yang sangat tepat dengan mendirikan rumahtangga pada tahun akhir pengajian kami. iye lah, dah jumpa dengan pilihan hati, buat apa tunggu lama2. lebih baik berkahwin sahaja dari tak sudah2 ber’couple’. 


soalan pertama walid waktu aku menyatakan keputusan kami, “lepas kahwin, boleh sambung master ke?” huhu.. sudah tentu boleh.. tapi, belum kesampaian lagi. masih dalam perancangan.. dan juga, walid paling risaukan keputusan peperiksaan aku. dia paling risau kalau result jatuh. tapi, aku yakinkan pada dia, bahawa aku boleh belajar dengan lebih baik selepas berkahwin. mana taknya, aku berkahwin dengan pelajar yang sama2 jurusan dengan aku, cuma major yang berlainan.. 

Banyak sebab kenapa kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Di universiti, dialah merangkap kekasih, dan juga sahabat baik aku. kami boleh berada dalam satu kumpulan assignment. Alhamdulillah, kami bersikap profesional dan tidak mencampur adukkan hubungan dengan kerja. dia juga adalah teman study aku. bukan aku tidak punya kawan yang lain, tapi sejarah hitam dikatakan perampas kekasih orang buat aku tak percaya lagi dengan teman2 satu batch aku. biarlah satu hari Allah sahaja yang membalasnya. aku tak menyimpan dendam, apatah lagi dia sudah pun meminta maaf. tapi, itulah, Allah sahaja yang akan membalasnya. aku juga risaukan kalau terpaksa posting berjauhan dengan dia.. tak sanggup.. jadi, baik kami kahwin dulu sebelum isi borang posting.. hehehehe

ok, berbalik semula berkahwin semasa belajar :P .. setelah berkahwin, kami tinggal menyewa di rumah murah. yang kelakarnya, ruang tamu rumah kami, tak langsung menggayakan rumah biasa. ruang tamu hanya ada rak2 buku dan meja study kami. mesti nak tahu bagaimana dengan perbelanjaan harian kami kan? dari sebelum kahwin, kami dah berjimat. aku juga mengambil jawatan tutor sambilan untuk kursus genetik dan biologi asas. jadi, Alhamdulillah, tak pernah kami dalam keadaan duit ’0′ sepanjang belajar. memang jimat gile lah… hehe.. nak hidup.. 

selain dari berhati2 dengan duit, kami juga study dengan mudah. lebih mudah aku kira.. kerana tidak lagi terganggu dengan benda2 luar. walaupun berkahwin, kami tetap pelajar.. kerja kami hari2, hanya belajar, belajar, belajar dan buat tesis. tak ada masalah untuk belajar. pergi balik kelas ada orang tolong hantar dan ambil.. PC rosak ada orang boleh tolong tengokkan.. kalau mengantuk ada orang tolong ingatkan.. seronok belajar bersama2 sambil bantu membantu antara satu sama lain. tak payah nak keluar2 dating lagi.. :P eh, keluar juga.. masa dah kawin lah nak dating lebih2.. keluar tengah malam.. hehe…. dan, bila keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan, aku dengan gembiranya call walid (biasanya walid call aku dulu sebab berdebar2 nak bagitahu) nak bagitahu keputusan kami… walaupun bukanlah di kelas pertama, sekurang2 nya result kami maintain… jadi, perkahwinan bukan alasan untuk malas belajar… malah, itu menjadikan kami lebih mudah dan bersemangat untuk belajar.. :P"

Apa kebaikannya berkahwin muda? Jadi, saya ada beberapa kebaikan kahwin muda yang saya boleh senaraikan,  antaranya ialah:
  1. Meramaikan manusia atas muka bumi atau spesifiknya membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Nabi SAW bangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat nanti (sape tak nak jadi kebanggaan Nabi SAW kan?).
  2. Elak mendekati zina (ni memang tepat lagi jitu, yang halal dah ade, nape masih nak cari yang haram?)
  3. Mengurangkan dan menghapuskan gejala sosial (yela, sape nak marah kalau kite ‘berkepit-mepit’ ngn isteri sendiri, suke hati kami la..lalalalala)
  4. Membantu memberi ketenangan hidup yang maksima (iyela, dah ada yang tersayang di sisi, sejuk jer..)
  5. Ibadah yang berganda pahalanya dan lebih khusyu’ (tak perlu lagi risau awek akan dikebas orang..hikss)
Antara keburukan kahwin muda pula;
  1. Rumah tangga cepat bergoncang kerana kurang ilmu, kemahiran dan persediaan (lagi teruk kalau kes kahwin ‘terpakse’..adeh..).
  2. Rasa diri masih bujang (ini bahaye, sifat genetik gatalnya perlu dibendung perlahan-lahan..hee).
  3. ...
  4. … 
Persiapan-persiapan lain perlu dan harus ada sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin antaranya:-
  • Anda perlulah memilikki akhlak dan sasiah rupa diri yang baik dan elok. Bukan hanya di buat-buat atau berlakon. Tunjukkan rasa hormat anda kepada ibubapa anda dan ibubapa pasangan anda.
  • Pamerkan sifat anda yang matang terutama ketika berbicara. Berani untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri yang baik demi kepentingan bersama. Bukan hanya memikirkan diri anda seorang sahaja.
  • Sangat-sangat penting untuk anda menjaga amal ibadah anda. Pastikan solat cukup, rajin membaca Al-Quran dan berperlakuan tenang dalam apa juga situasi.
  • Matlamat anda ingin berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri anda lagi dengan Allah SWT.
  • Jika anda berdua masih belajar, pastikan anda letakkan pelajaran di tangga Nombor 1. Janjikan perkara ini kepada kedua ibubapa anda. Setelah anda tamat belajar, barulah anda letakkkan rumahtangga anda di Nombor 1. InsyaAllah, jika pasangan anda seorang yang benar-benar memahami anda, pasti tiada masalah. Sama-samalah berusaha dan tahu tenggungjawab masing-masing.
  • Tanggungjawab sebagai suami-isteri perlu juga untuk anda tidak abaikan. Taat kepada suami dan berilah nafkah secukupnya kepada isteri anda.
  • Nyatakan secara spesifik kepada ibubapa anda dari mana sumber kewangan anda untuk menampung kos sara-hidup ketika anda sudah berkahwin kelak.
  • Akhir sekali berbincang lah dengan lemah-lembut dengan ibubapa anda untuk menyatakan perancangan anda untuk berkahwin. Jangan sesekali anda nyatakan dalam nada yang mendesak. Berurusan dengan orang yang lebih tua ni perlulah secara lemah-lembut dan perlahan-lahan. Mereka amat mudah terasa dan sensitif.
Wah, banyak juga kan perkara yang perlu diambil kira sebelum nak kahwin muda. Ini baru sebelum berkahwin, belum lagi selepas berkahwin. Tapi takpe, usah risau, yang penting anda terus mencari ilmu dan belajar ilmu-ilmu rumahtangga serta banyakkan berdoa. InsyaAllah perkahwinan anda mampu bertahan.:P


Sunday, July 3, 2011

"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya"

Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Yang kekal hanya tulisanku di atas buku,
Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku,
Doakan keselamatan aku dari azab.
~ Imam Shafie

Catatan pendek warisan dari Imam Shafie ini sangat besar ertinya. Menjadi peringatan buat kita bersama. Pastikan apa yang kita tulis mampu memberi manfaat buat yang membaca kerana ia mungkin menjadi saham di akhirat nanti. Insya Allah.

Kata orang menulis perlu dari hati, agar tulisan itu akan jatuh juga ke hati orang yang membaca. Barulah tulisan ada ertinya.

Ada pula yang mengingatkan menulislah dengan iman kerana niat, tujuan dan arah tulisan bersatu hanya untuk memberi manfaat dan mendapat ganjaran kebaikan di sisi Allah. Perlu ikhlas dan tulus, bukan untuk menunjuk-nunjuk mendamba kehebatan mahupun mengumpan pujian dan keuntungan semata.

Jangan lupa menulis perlu dengan ilmu. Tanpa ilmu, hilang erti sesebuah karya kerana ia hanya menyajikan kesesatan pada si pembaca.
Imam Ali bin Abi Thalib RA ada mengatakan:
"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya"  
Tinggi sekali motivasi yang dapat diserap dari kata-kata Saidina Ali ini. Memang benar menulis dengan ilmu, tentang ilmu dan menyebarkannya pasti impak dan manfaatnya amat besar sekali buat si penulis dan orang yang membacanya.
Ayuh! Buat semua sahabat-sahabat..teruskan menulis untuk kebaikan, kesedaran,  dakwah, perkongsian ilmu, motivasi, persaudaraan, peringatan dan lain-lain ..contohi ilmuwan silam yang banyak meninggalkan tulisan mereka yang digunapakai sehingga detik ini.. Ummu Ammar