Gambar potret Kaabah di dinding itu lama saya renung, satu-satunya gambar yang tergantung di rumah baru itu. Seolah-olah bercahaya apabila direnung lama-lama. Hati terdetik teringin sangat nak menjejakkan kaki ke tanah suci...
Setahun berlalu...
Ayah menyatakan hasrat untuk membawa kami menunaikan umrah pada bulan tiga pada mulanya. Tapi aturan Allah itu lebih cantik dan tersembunyi seribu satu hikmah di dalamnya. Sejujurnya tidak pernah terlintas oleh saya akan kesana pada usia semuda ini. Syukur kehadrat illahi dipilih menjadi tetamunya dan tanggal 3 mei itu takkan pernah luput dalam ingatan. Berangkatnya saya ke sana pada tarikh dimana genapnya 5 bulan arwah pergi pada 3 disember yang lepas. Tarikh dan waktu yang sama arwah dijemput illahi pada 3 disember, dan kami berangkat sebagai tetamunya pada 3 mei pukul 3 petang. Allahu Rabbi. Sayu rasa hati. Cantik sungguh aturan Allah, mungkin juga Allah nak jadikan kenangan pahit itu disusuli dengan kenangan yang manis pada tarikh yang sama yang mana kenangan itu akan sentiasa ingat kepadaNya..^_^
Khamis, 3 Mei..kami bersiap dengan solat sunat dan berpakaian ihram dari rumah. Penerbangan melalui Saudi Arabian Airlines memakan masa hampir 8 jam terus ke jeddah.
Jabal Rahmah
Unta Haiwan Istimewa. Unta dapat bertahan dengan suhu mencecah 50 darjah C pada musim panas dan serendah -50 darjah C pada musim sejuk kerana mempunyai bulu yang tebal dan padat. Bulu yg tebal melindungi unta daripada panas terik dan dingin membeku serta menghalang kehilangan air. Bonggol unta berperanan utk menyediakan nutrien di waktu tiada makanan/minuman dan unta mampu bertahan selama 3 minggu tanpa air tetapi akan mengalami penyusutan berat badan.Kami disini boleh minum susu unta fresh. Rasa lemak-lemak manis. Sedap! ^_^