BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 18, 2012

Kembara Tanah Suci 1

Gambar potret Kaabah di dinding itu lama saya renung, satu-satunya gambar yang tergantung di rumah baru itu. Seolah-olah bercahaya apabila direnung lama-lama. Hati terdetik teringin sangat nak menjejakkan kaki ke tanah suci...

Setahun berlalu...

Ayah menyatakan hasrat untuk membawa kami menunaikan umrah pada bulan tiga pada mulanya. Tapi aturan Allah itu lebih cantik dan tersembunyi seribu satu hikmah di dalamnya. Sejujurnya tidak pernah terlintas oleh saya akan kesana pada usia semuda ini. Syukur kehadrat illahi dipilih menjadi tetamunya dan tanggal 3 mei itu takkan pernah luput dalam ingatan. Berangkatnya saya ke sana pada tarikh dimana genapnya 5 bulan arwah pergi pada 3 disember yang lepas. Tarikh dan waktu yang sama arwah dijemput illahi pada 3 disember, dan kami berangkat sebagai tetamunya pada 3 mei pukul 3 petang. Allahu Rabbi. Sayu rasa hati. Cantik sungguh aturan Allah, mungkin juga Allah nak jadikan kenangan pahit itu disusuli dengan kenangan yang manis pada tarikh yang sama yang mana kenangan itu akan sentiasa ingat kepadaNya..^_^

Khamis, 3 Mei..kami bersiap dengan solat sunat dan berpakaian ihram dari rumah. Penerbangan melalui Saudi Arabian Airlines memakan masa hampir 8 jam terus ke jeddah.

gula-gula yang diberi, mee goreng dia pun sedap! hehe

Sampai di jeddah dan selesai segala urusan, kami terus pula ke makkah yang diketuai oleh mutawwif andalusia. Perjalanan memakan masa hampir 1 jam untuk sampai ke makkah. Didalam bas tidak henti-henti kami bertalbiah, berzikir, semua jemaah seolah-olah tidak sabar untuk sampai ke tanah yang penuh berkah itu. Pukul 12 pagi kami tiba di hotel dan diberi ruang untuk berehat seketika dan terus menunaikan ibadah umrah pada malam itu juga, malam jumaat yang penuh berkah yang dibimbing oleh mutawwif.

 Masjidil Haram.

Ziarah    

Jabal Thur


Bukit yang didaki oleh Rasulullah dan Saidina Abu Bakar ketika menyelamatkan diri dari ancaman orang Quraisy. Di gua thur inilah tempat Rasulullah dan Saidina Abu Bakar bersembunyi selama tiga hari. Ketika orang-orang Quraisy mendekati gua tersebut, seekor burung merpati terus membuat sarangnya dan bertelur di dalamnya dan seekor labah-labah membuat sarang menutupi pintu gua bagi mengaburi pandangan orang-orang Quraisy. 

Jabal Rahmah



Tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah Nabi Adam dan Hawa diturunkan ke bumi dari syurga. Tempat ini terkenal dengan mereka yang ingin mendapatkan jodoh dengan berdoa. Ehem! hehe.. di kaki bukit jabal rahmah ini banyak terdapat unta-unta yang dihias cantik untuk para pelancong yang ingin menunggang dengan bayaran 10 riyal.

Unta yang dihias cantik di kaki bukit Jabal Rahmah

Ladang Unta
 


Unta Haiwan Istimewa. Unta dapat bertahan dengan suhu mencecah 50 darjah C pada musim panas dan serendah -50 darjah C pada musim sejuk kerana mempunyai bulu yang tebal dan padat.  Bulu yg tebal melindungi unta daripada panas terik dan dingin membeku serta menghalang kehilangan air. Bonggol unta berperanan utk menyediakan nutrien di waktu tiada makanan/minuman dan unta mampu bertahan selama 3 minggu tanpa air tetapi akan mengalami penyusutan berat badan.Kami disini boleh minum susu unta fresh. Rasa lemak-lemak manis. Sedap! ^_^

2 comments:

:: Budak Ubat :: said...

nak tau tak, susu unta tu yang buat lemak2 manis tu kan, sebenarnya dari titik peluh...eh silap, dari peluh2 yang menitik dari tukang perah tu. harap maklum.

haha :P

Zawani said...

cehh..sudah terlambat epul.