BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 12, 2011

Mohon Ketabahan

4.45 a.m...
Terjaga. Hati terusik, sebak mengingatkan sesuatu.
Dalam masa yang singkat 3 tahun ini.
Satu persatu mereka diambil kembali menemuiNYA.
Atuk, anak buah Ukasyah, Sahabat....
Teringat firman Allah dalam surah Al-baqarah, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya".

Solat dua rakaat mohon agar diberi kekuatan olehNYA.
Air mata terusan mengalir.
Ya Allah,
Tabahkan la hati hambamu ini.
Firman Allah dalam surah At-Taubah, "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka"

Syukur kerana dipilih untuk diuji kerana ujian ini menguatkan hati-hati yang lemah.  Membuatkan diri ini terus dekat dan ingin lebih dekat kepada Allah.  Menyedarkan diri ini tentang penyerahan yang total kepada Allah setelah berusaha dan yang penting mengingatkan bahawa semua yang dimiliki ini, tidak ada satu pun milik kita. -ummu&abu 'ukasyah-

Cintailah DIA yang sentiasa HIDUP kekal Abadi. Itulah yang UTAMA.

Wassalam.

0 comments: