BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 17, 2011

Mimpi yang pasti?

2.00 a.m
Mimpi tu sekali lagi bermain-main kat fikiran.
Tak sangka. Adakah itu satu petanda. Tapi kenapa??
" wani, hidung awak berdarah tanpa henti. mungkin awak hanya mampu bertahan 3 atau 4 hari lagi" ayat seseorang dalam mimpi tersebut.
Terjaga. Istighfar mohon tiada benda buruk yang berlaku.
selang 2 3 hari selepas mimpi tersebut, arwah pula beritahu hidungnya berdarah tanpa henti.
4 hari selepas itu, arwah pergi untuk selama-lamanya.
Allahu Akbar....

*****
Imbau 3 tahun yang lepas. Sebelum arwah atuk menghembuskan nafasnya.
atuk disahkan koma dan tidak sedarkan diri selama 2 minggu lebih
dan ketika itu saya ke Indonesia atas urusan keluarga. Jejak saja kaki ke Malaysia, terus ke wad ICU, menitis air mata melihat arwah atuk membuka mata dan tersenyum ke arah saya. Pilu.
" kaklang, atuk dah sedar, sebelum ni koma tak sedarkan diri. kaklang masuk tak sangka atuk buka mata..."
Allah.
" Atuk tunggu kamu pulang.." kata maksu.
Air mata ketika itu tak mampu ditahan.
Pulang ke rumah untuk seketika. Tapi bila kaki baru sahaja jejak ke rumah.
Panggilan telefon kata atuk telah pergi untuk selamanya.

" Mak, kaklang mimpi ....... (biarlah mimpi itu dirahsiakan)" yang pastinya petanda arwah akan pergi untuk selamanya.

" Kenapa tak beritahu awal-awal.."
   
"......." Terkilan. 

*****
Ukasyah Ahli syurga. Anak buah yang pertama pasti kelahirannya menggembirakan kami sekeluarga. Mungkin punca kematiannya atas sebab kecuaian manusia itu sendiri tapi yang pasti itulah ketentuan yang telah ditetapkan Allah sebagai ujian untuk kami.

Teringat perbualan telefon dengan adik ketika itu.

"Kaklang ukasyah dah takde.."

" Takde? Tipu!"

" Iye. Ukasyah dah takde, ukasyah dah meninggal dunia. Abang bagitau tadi"

"..............."

Panggilan diterima selepas mendengar lagu 'Rahmat Ujian'...
Kebetulan. Bait-bait lagu itu buat hati resah tiba-tiba sebelum menerima khabar sedih itu.
Air mata cuba ditahan tapi akhirnya.....

dua minggu sebelum ukasyah pergi meninggalkan kami,
Ukasyah merenung dalam kearah mata saya, seperti mahu memberitahu sesuatu.
Hati terdetik secara tiba-tiba,," ukasyah mungkin tak lama".
Astaghfirullah. kenapa dengan hati ni??   
Ukasyah saya peluk sambil dia menangis dan tertidur dibahu saya, sayu mengenangkan keadaan itu. seolah-olah amat berat mahu melepaskan.

*****
Al-fatihah.

Benarlah firman Allah swt: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tamat tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya”. (Yunus:49)