BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 25, 2011

semangat!!

Semangat!! -kak seha-

"Mak...dia dah takde"
"Innalillah wainna ilaihirajiun, sabar dan tabahkan hati. Semua yang berlaku ada hikmahnya"
-Beloved mum-

"Bila perasaan itu datang, Allah pula tarik orang yang kita sayang tu jauh dari mata kita. Dari mata kasar ni memang kita tak tahu apa hikmahnya, yang kita rase hanya pedih yang teramat. Tapi yakinlah kepedihan ni akan terbayar jika kita bersabar, orang lain tak tahu apa yang kita tanggung tapi Allah tahu. Dekatkan diri kita pada Allah ya sayang. mudah-mudahan ujian ini ada hikmah"
-Kak nadzirah-

" Tak tahu nak cakap apa, jangan sedih-sedih tau hidup harus diteruskan. Tumpang sedih dari apa yang wani tulis"
-Kak seha-

"Allah lebiih sayang kan die kan..kite doakan die semoga bahagia di sana inshallah..wani kene kuat la,dia mesti xsuke kan tgok wani sedih"
-Danial kholili.JUST-

"tak pe la wani, kita yg hidup nie kena teruskan hidup.. walaupun agak susah nak terima, tp still kita tak boleh kembalikan dia. life must go on..tapi amat janggal rasanya bila buat apa2 pun. all things feels different to me. jalan2 area rumah pun rasa mcm jalan kat tempat baru.. gi kedai makan pun teringat arwah. nak main game pun tak seronok.. nak study apatah lagi..yup, kita kena kuatkan semangat. mesti dia tak nak tgk kita sedih2 mcm nie. mesti dia tak nak tengok kita nangis2.. what ever we do, we must be strong.."
-Khairi syafiq.JUST-


"wani.. takziah atas kematian sahabat wani.. semoga tabah ye. Allah lebih sayang kan dia.. love you fillah sayang.be strong."
-Safiamira-

"kuatkan hati ko wani, kuatkan semangat ko jugak.nak menangis boleh, tapi jangan sampai mudaratkan diri sendiri tau."
-Nurul atiqah-

"takpe wani. memang susah nak lupekan dia. tapi kalau dia taw kite selalu sedih pasal dia, mesti dia lagi sedih."
-Amirah edora


" Mula-mula Allah uji dia dengan kesakitan yang dia alami, Tapi kali ini Allah uji kau sebenarnya. Banyakkan bersabar..Sungguh Allah lebih sayangkan dia, bersabar duhai sahabat"
-Aifa & Eika-


"Selalu doakan untuk dia ya wani..jangan biarkan wani sorang-sorang"
-Tuan Pendakwa,JAIS-


Dan semua yang tak putus-putus bagi kata-kata semangat, tak dapat nak tulis semua. ouhh..sungguh terharu! =) Jasa baik budi kalian tak dapat dibalas. Moga kalian juga dikurniakan ketabahan dan kesabaran yang tinggi dalam menempuh ujian dunia ini. Buat keluarga arwah, ya! saya sangat risaukan mereka. Moga Allah kurniakan mereka kekuatan! InsyaAllah.....

wassalam.
   

1 comments:

iTTeW saYe... said...

~Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Allah berfirman dalam hadis Qudsi yang bermaksud, “tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya di dunia, kemudian dia mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan (orang itu akan mendapat balasan) syurga.” (HR:Bukhari)~