BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 3, 2011

"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya"

Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Yang kekal hanya tulisanku di atas buku,
Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku,
Doakan keselamatan aku dari azab.
~ Imam Shafie

Catatan pendek warisan dari Imam Shafie ini sangat besar ertinya. Menjadi peringatan buat kita bersama. Pastikan apa yang kita tulis mampu memberi manfaat buat yang membaca kerana ia mungkin menjadi saham di akhirat nanti. Insya Allah.

Kata orang menulis perlu dari hati, agar tulisan itu akan jatuh juga ke hati orang yang membaca. Barulah tulisan ada ertinya.

Ada pula yang mengingatkan menulislah dengan iman kerana niat, tujuan dan arah tulisan bersatu hanya untuk memberi manfaat dan mendapat ganjaran kebaikan di sisi Allah. Perlu ikhlas dan tulus, bukan untuk menunjuk-nunjuk mendamba kehebatan mahupun mengumpan pujian dan keuntungan semata.

Jangan lupa menulis perlu dengan ilmu. Tanpa ilmu, hilang erti sesebuah karya kerana ia hanya menyajikan kesesatan pada si pembaca.
Imam Ali bin Abi Thalib RA ada mengatakan:
"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya"  
Tinggi sekali motivasi yang dapat diserap dari kata-kata Saidina Ali ini. Memang benar menulis dengan ilmu, tentang ilmu dan menyebarkannya pasti impak dan manfaatnya amat besar sekali buat si penulis dan orang yang membacanya.
Ayuh! Buat semua sahabat-sahabat..teruskan menulis untuk kebaikan, kesedaran,  dakwah, perkongsian ilmu, motivasi, persaudaraan, peringatan dan lain-lain ..contohi ilmuwan silam yang banyak meninggalkan tulisan mereka yang digunapakai sehingga detik ini.. Ummu Ammar

1 comments:

Khairi Malik said...

lama menghilang?